Tarikh: Oktober .
Anjuran: Fatihah Education Consultants & Kulliyyah of ICT, IIUM.
Anugerah akan diberi kepada 10% peserta teratas mengikut kategori.
Anugerah Emas
- akan diberi kepada 2% teratas
Anugerah Perak
- akan diberi kepada 3% berikutnya
Anugerah Gangsa
- akan diberi kepada 5% berikutnya
Sijil Sanjungan Kehormat
- akan diberi kepada 10% berikutnya atau 100 peserta teratas
Sijil Penyertaan
- akan diberi kepada semua peserta yang lain
Anugerah Kumpulan
- 5 peserta dengan markah tertinggi dari setiap kumpulan akan dikumpulkan markahnya
- Kumpulan dengan markah terkumpul tertinggi akan menerima anugerah kumpulan
Peserta wajib menghantar (gunakan button "Submit Code") sekurang-kurangnya satu penyelesaian (tidak kira sama ada penyelesaian yang dihantar betul/salah).
Peserta yang langsung tidak menghantar penyelesaian semasa pertandingan berlangsung atau tidak menghadirkan diri semasa pertandingan tidak layak mendapat sijil penyertaan walaupun telah membayar yuran penyertaan.
PPKomp terbuka kepada semua pelajar Malaysia atau pelajar luar negara.
PPKomp adalah pertandingan penyelesaian masalah dan pengaturcaraan secara individu. Peserta boleh memilih sama ada ingin menggunakan bahasa Python, Java, JavaScript, PHP, C, C++, C#, VB.Net, atau Ruby.
Terdapat 6 masalah diberikan semasa pertandingan. Setiap masalah mungkin mempunyai markah yang berbeza. Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. Jika terdapat lebih dari seorang peserta yang mendapat penyelesaian betul, peserta yang menghantar penyelesaian paling awal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.
Peserta dibenarkan membawa pen, kalkulator, dan kertas A4 untuk pengiraan, merangka, atau melukis algoritma. Buku teks, buku rujukan, dan nota-nota dalam bentuk hardcopy atau softcopy (yang disimpan di dalam komputer sendiri sebelum pertandingan) DIBENARKAN untuk digunakan sepanjang pertandingan.
Rujukan/tutorial di internet dan carian google adalah:
1. dibenarkan untuk peserta kategori Bongsu, Kecil, Muda dan Tengah.
2. TIDAK dibenarkan untuk peserta kategori Sulung (pelajar Universiti, mempertimbangkan pengalaman dan pendedahan pelajar universiti yang luas).
Peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan AI chatbots, seperti ChatGPT atau mana-mana perisian yang serupa, semasa pertandingan berlangsung.
SEMUA peserta tidak dibenarkan untuk membincangkan atau berkongsi masalah / penyelesaian dengan peserta lain atau pihak luar di mana-mana platform komunikasi semasa pertandingan.
Kami mengharapkan dan menghargai tahap kejujuran dan integriti anda yang tertinggi.