PPKomp 2021: Set Soalan A

Belajar perkara baru setiap hari.

Jul 3 2021, 01:00 am UTC

About


PPKomp 2021

Tarikh: Julai .
Anjuran: Fatihah Education Consultants & Kulliyyah of ICT, IIUM.

Prizes

Anugerah akan diberi kepada 10% peserta teratas mengikut kategori.

Anugerah Emas
 - akan diberi kepada 2% teratas

Anugerah Perak
 - akan diberi kepada 3% berikutnya

Anugerah Gangsa
 - akan diberi kepada 5% berikutnya

Sijil Sanjungan Kehormat
 - akan diberi kepada 10% berikutnya atau 100 peserta teratas

Sijil Penyertaan
 - akan diberi kepada semua peserta yang lain

Anugerah Kumpulan
 - 5 peserta dengan markah tertinggi dari setiap kumpulan akan dikumpulkan markahnya
 - Kumpulan dengan markah terkumpul tertinggi akan menerima anugerah kumpulan

Peserta wajib menghantar (gunakan button "Submit Code") sekurang-kurangnya satu penyelesaian (tidak kira sama ada penyelesaian yang dihantar betul/salah).

Peserta yang langsung tidak menghantar penyelesaian semasa pertandingan berlangsung atau tidak menghadirkan diri semasa pertandingan tidak layak mendapat sijil penyertaan walaupun telah membayar yuran penyertaan.

Rules

  • The creator of this contest is solely responsible for setting and communicating the eligibility requirements associated with prizes awarded to participants, as well as for procurement and distribution of all prizes. The contest creator holds HackerRank harmless from and against any and all claims, losses, damages, costs, awards, settlements, orders, or fines.
  • Code directly from our platform, which supports over 30 languages. Learn more here.

Syarat-Syarat

PPKomp terbuka kepada semua pelajar yang belajar di Malaysia atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara.


Format Pertandingan

PPKomp adalah pertandingan penyelesaian masalah dan pengaturcaraan secara individu. Peserta boleh memilih sama ada ingin menggunakan bahasa Python, Java, JavaScript, PHP, C, C++, C#, VB.Net, atau Ruby.

Terdapat 6 masalah diberikan semasa pertandingan. Setiap masalah mungkin mempunyai markah yang berbeza. Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. Jika terdapat lebih dari seorang peserta yang mendapat penyelesaian betul, peserta yang menghantar penyelesaian paling awal dikira sebagai pemenang. Keputusan juri adalah muktamad.

Peserta dibenarkan membawa pen, kalkulator, dan kertas A4 untuk pengiraan, merangka, atau melukis algoritma. Buku teks, buku rujukan, dan nota-nota dalam bentuk hardcopy atau softcopy (yang disimpan di dalam komputer sendiri sebelum pertandingan) DIBENARKAN untuk digunakan sepanjang pertandingan.


Nota Penting

Rujukan/tutorial di internet dan carian google adalah:
 1. dibenarkan untuk peserta kategori Bongsu, Kecil, Muda dan Tengah.
 2. TIDAK dibenarkan untuk peserta kategori Sulung (pelajar Universiti, mempertimbangkan pengalaman dan pendedahan pelajar universiti yang luas).

SEMUA peserta tidak dibenarkan untuk membincangkan atau berkongsi masalah / penyelesaian dengan peserta lain atau pihak luar di mana-mana platform komunikasi semasa pertandingan.

Kami mengharapkan dan menghargai tahap kejujuran dan integriti anda yang tertinggi.

Scoring

  • Setiap masalah mempunyai markah yang telah ditentukan seperti yang ditunjukkan dalam masalah.
  • Markah peserta bergantung pada jumlah kes ujian yang berjaya dilepasi oleh kod yang telah dihantar.
  • Markah tertinggi yang diperoleh akan dipaparkan sekiranya peserta menghantar lebih daripada satu penyelesaian untuk setiap masalah.
  • Semua peserta dirank berdasarkan markah. Sekiranya dua atau lebih peserta mendapat markah yang sama, maka keputusan akhir akan berdasarkan jumlah masa yang diambil untuk menghantar penyelesaian terakhir.

Sign up for PPKomp 2021: Set Soalan A now.

Not a genuine coding contest?